ISSUE 2 2024
Adab Sebagai Pelancong di Kawasan Ekopelancongan dan Persekitaran Semulajadi
Siti Suriawati Isa

Dewasa ini minat orang ramai terhadap aktiviti berkaitan dengan ekopelancongan semakin meningkat. Daripada aktiviti lasak, separa lasak sehinggalah santai telah menjadi tren gaya hidup masyarakat masa kini. Destinasi ekopelancongan di seluruh negara muncul dengan begitu signifikan samada di bandar mahapun di luar bandar. Perkembangan positif ini berkemungkinan besar disebabkan pengaruh media sosial yang semakin berleluasa di seluruh dunia. Dengan penggunaan media sosial dunia pada tahun 2023 menjangkau sebanyak 4.95 billion pengguna pengaruhnya berupaya menaikkan ataupun menjatuhkan sesuatu destinasi. Manakala pendapatan daripada sektor ekopelancongan seluruh dunia telah dilaporkan sebanyak US$196 bilion.

Sektor ekopelancongan menjadi antara salah satu penyumbang utama di dalam industri pelancongan sejak beberapa dekad yang lalu. Secara umum ekopelancongan menyasarkan pembangunan yang minumun dan mampan serta aktiviti pelancongan yang bertanggung jawab terhadap alam sekitar dengan menghormati persekitaran mereka termasuklah hutan dan komuniti tempatan. Malaysia merupakan salah satu destinasi ekopelancongan yang popular di dalam dunia. Malah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (KPSB) telah menyediakan Pelan Ekopelancongan Kebangsaan sejak tahun 1996 lagi. Setiap negeri di Malaysia telah dikenalpasti mempunyai tarikan ekopelancongan mereka yang tersendiri.

Namun dalam keghairahan para pelancongan melawati destinasi dan kawasan ekopelancongan samada di Malaysia ataupun negara lain adab sebagai pelancong perlu diberikan penekanan. Ini sangat penting terutama kepada pelancong ke kawasan ekopelancongan yang membabitkan persekitaran semulajadi bagi memastikan kelestarian kawasan tersebut. Konsep ekopelancongan untuk menjaga kawasan alam semulajadi dan mempraktikkan pembangunan yang minimum dan mesra alam perlu dihayati sepanjang masa oleh pengunjung. Ini bagi memastikan kelestarian kawasan ekopelancongan dalam tempoh jangka masa yang lama atau selama-lamanya. Oleh itu, adab sebagi pelancong ekopelancongan perlu selari dengan konsep ekopelancongan dan boleh juga diteruskan setelah pelancong pulang ke kawasan perumahan mereka.


Kedatangan pelancong yang tinggi menyebabkan memberikan cabaran kepada pemantauan perilaku dibuat di kawasan ekopelancongan.

Di antara adab yang perlu diimplementasikan oleh para pelancong mengikut prinsip-prinsip ekopelancongan yang telah digariskan oleh United Nations Environment Programme (UNEP) (2002) adalah: 1. Meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kebudayaan tempatan yang boleh membawa kerosakkan di kawasan tersebut, 2. Mempunyai kesedaran dan mempraktikkan aktiviti konservasi atau pemuliharaan alam sekitar, 3. Turut sama menyokong usaha yang dilakukan oleh pemegang taruh dan perniagaan dalam memulihara alam sekitar 4. Menjadi pelancong yang bertanggung jawab di dalam segala aktiviti yang dilakukan di kawasan ekopelancongan serta mengikut arahan 5. Menyokong perniagaan oleh komuniti tempatan untuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka. Dengan manjaga adab sebagai pelancong di kawasan ekopelancongan yang dikategorikan sebagai kawasan sensitif ini akan turut menyumbang kepada pemuliharaan aset negara. Pelancong yang bertanggung jawab menjaga alam sekitar adalah mereka yang disifatkan sebagai pelancong yang mempunyai kesedaran tinggi dan cakna untuk menyelamatkan alam sekitar di dunia. Pada yang sama turut mendapat kepuasan menjalankan aktiviti pelancongan.

Perniagaan di kawasan ekopelancongan juga perlu mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan demi memastikan kemampan kawasan tersebut. Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2021-2025 yang dibangunkan oleh pihak KPSB boleh dijadikan sebagai garis panduan utama kepada semua pemegang taruh di kawasan ekopelancongan. Dengan kerjasama daripada semua pemegang taruh yang terbabit, kawasan ekopelancongan mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang dan sumber semulajadi dapat dinikmati oleh semua pihak. Di dalam sektor ekopelancongan, keuntungan kewangan semata bukanlah menjadi keutamaan tetapi kejayaan memulihara dan menjaga persekitaran alam semulajadi adalah lebih penting. Kerana harga alam semulajadi ciptaan Tuhan tidak dapat ditukar ganti dan dibeli apabila ianya telah musnah.